04 Sept 2023 / Monday

OSeM Kampus Pagoh telah mengadakan satu kursus β€˜MENTAL HEALTH SUPPORT TRAINING FOR OSEM STAFF’ pada 04 – 05 September 2023 (Isnin – Selasa) di Studio 1 Blok 4, Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan (KLM) UIAM Kampus Pagoh. Kursus ini melibatkan anggota Polis Bantuan dari OSeM Kampus Pagoh, Gombak, Kuantan dan Gambang.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada anggota Polis Bantuan UIAM dalam menangani kes krisis kesihatan mental seperti kes percubaan bunuh diri dalam kalangan pelajar.

Selain dari Pemangku Pengarah OSeM dan Kaunselor KLM, pihak OSeM juga telah menjemput Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Muar untuk berkongsi pengalaman bagi kes-kes yang melibatkan kesihatan mental serta memberikan latihan asas penyelamatan secara praktikal kepada anggota Polis Bantuan UIAM.

Kursus selama 2 hari ini telah berjalan dengan lancar dan semua anggota telah memberikan komitmen yang baik sepanjang kursus berlangsung.

Sekian, terima kasih.

Office of Security Managment (OSeM)

IIUM Auxiliary Police

IIUM2023

By smadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *