31 Ogos 2023 – Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-66, Pejabat Pengurusan Keselamatan (OSeM) IIUM Kuantan, telah menganjurkan program “OSEM Kuantan Triathlon (Team Relay)” dan disertai oleh 24 anggota daripada Kampus Kuantan dan CFS Gambang.

Program ini dirasmikan oleh Pengarah (Pentadbiran) Pejabat Pengarah Kampus (OCD) IIUM Kuantan, En. Mohd Khairulzain bin Abd. Rahman. Turut mengiringi, Ketua Pejabat Pengurusan Keselamatan IIUM Kuantan, Insp PB Mohd Shakirin bin Abdullah @ Ab Aziz, SM PB Jalani bin Jamaluddin, SM PB Norashikin binti Asri dan SM PB Azrivishen bin Abd. Aziz.

Triathlon yang julung kali diadakan di sini melibatkan 3 acara iaitu kayak 600 meter, berbasikal 21 km, dan larian 7 km.

Pertandingan ini bertujuan untuk menguji daya tahan fizikal dan mental anggota OSeM dan membentuk semangat kerjasama dalam pasukan serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan anggota.

Jutaan terima kasih kepada Pengarah OSEM, ASP.PB Shahrul Ariffin bin Maskuri dan Timbalan Pengarah OSeM, Tuan Haji Syamsul Amri bin Abdul Rahim, di atas sokongan untuk menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Pembangunan Sukan IIUM Kuantan, SASMEC@IIUM, Security Management Unit (SMU) SASMEC@IIUM, OSEM IIUM TRIATHLON CREW, dan semua peserta yang telah terlibat bagi menjayakan pertandingan ini. Tahniah kepada pemenang dan kepada peserta – perserta yang telah menghabiskan semua acara dengan jayanya.

#iiumpolicecampus

#iiumpolice

#iiumauxiliarypolice

#IIUM2023

#osemiium

#osemisawesome

#osemtriathlon2023

#triaththlonIIUMKuantan2023

By smadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *