Polis Bantuan UIAM TERIMA KUNJUNGAN PEMERIKSAAN KETUA BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI IPD GOMBAK
2 September 2026 | UIAM, Gombak
Pejabat Pengurusan Keselamatan (OSeM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menerima kunjungan pemeriksaan oleh DSP Ramachandran a/l Kuppan, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, pada 2 September 2026.
Pemeriksaan yang berlangsung di Pejabat Pengurusan Keselamatan (OSeM), UIAM turut melibatkan perbarisan anggota OSeM sebagai sebahagian daripada pengisian pemeriksaan bagi menilai tahap kesiapsiagaan dan disiplin anggota.
Pemeriksaan ini bertujuan untuk menilai tahap kesiapsiagaan anggota serta memastikan pematuhan terhadap pengurusan, prosedur dan ketetapan keselamatan yang telah ditetapkan. Ia turut memberi tumpuan kepada aspek disiplin, kecekapan pengurusan keselamatan serta kesiapsiagaan anggota dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Selain itu, pemeriksaan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Polis Bantuan UIAM dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya IPD Gombak, dalam usaha mempertingkatkan aspek pencegahan jenayah, keselamatan dan kesejahteraan komuniti kampus.
Kerjasama berterusan antara OSeM UIAM dan PDRM amat penting bagi memastikan pengurusan keselamatan kampus sentiasa berada pada tahap yang baik, di samping memperkukuh koordinasi serta kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang keperluan keselamatan.
OSeM UIAM akan terus komited dalam mempertingkatkan tahap profesionalisme, kesiapsiagaan dan kecekapan anggota, serta memastikan pengurusan keselamatan universiti dilaksanakan secara teratur, sistematik dan berkesan.
Komitmen ini penting bagi memastikan keselamatan warga universiti, aset serta persekitaran kampus sentiasa terpelihara dan berada pada tahap yang optimum.
“Keselamatan Tanggungjawab Bersama”
