ANUGERAH BUKU NEGARA / NATIONAL BOOK AWARD

Anugerah Buku Negara (ABN) dianjurkan bagi mengiktiraf warga kerja industri perbukuan di Malaysia. Bermula tahun 2005, ABN yang pertama kali dianjurkan menobatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai Tokoh Buku Negara.

“Penulis patutlah diberikan galakan seperti hadiah-hadiah penulisan. Dalam konteks ini galakan patut diberikan kepada kumpulan (Persatuan Penulis, Persatuan Penterjemah, Persatuan Bahasa, Persatuan Sejarah Dan Universiti) untuk menganjurkan hadiah-hadiah penulisan pelbagai rupa. Disamping itu, Majlis Buku Kebangsaan sendiri patut melengkapi hadiah-hadiah yang telah sedia ada.

”Perkara 2 (C), Tenaga Penulis Tempatan, Dasar Buku Negara.