Majlis Pemakaian Pangkat Polis Bantuan IIUM telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Oktober 2026 bertempat di Banquet Hall, Level 5, Muhammad Abdul Rauf Building (MARB), IIUM Gombak.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Sri Dr. Osman Bakar, Rektor IIUM, bersama YDH. SAC Mohammad Fakhrudin bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Selangor.
Penganjuran majlis ini merupakan satu pengiktirafan terhadap dedikasi, komitmen dan kecemerlangan warga Polis Bantuan IIUM, di samping menyuntik semangat untuk terus meningkatkan profesionalisme serta mutu perkhidmatan keselamatan universiti.
