PENYERTAAN KONTINJEN PERARAKAN DAN SEPANDUK MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR 1447 HIJRAH / 2025 MASIHI
Tarikh : 5 September 2025M /
12 Rabiulawal 1447H
Masa : 7:00 pagi
Tempat : Taman Gelora (Tapak Pasar Malam) hingga Dewan Jubli Perak, Kuantan
Jumlah penyertaan adalah 28 kontinjen melibatkan kategori NGO, IPTA, IPTS, Sekolah, Surau dan Masjid.
Kontinjen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) telah menghantar seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai Jabatan dan Kulliyyah. Penyertaan turut melibatkan 3 anggota Polis Bantuan IIUM Kuantan, termasuk seorang pegawai YDH Insp PB Tn Mohamad Fitri Bin Hashim dan lain-lain pangkat:
1. Kpl/PB Idzwan Bin Radzali
2. Konst/PB Muhammad Faiz Bin Mat Rozi
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1447H / 2025M disempurnakan dengan penuh istiadat.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat ke majlis berkenaan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Turut berangkat:
• Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj
• Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Hadir sama:
• YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar
• Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
Kontinjen IIUM telah berjaya menunjukkan disiplin, kerjasama dan semangat ukhuwwah Islamiah yang tinggi sepanjang perarakan. Dengan izin Allah, kontinjen IIUM dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Perarakan dan Sepanduk sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1447H / 2025M dengan menerima piala pusingan Menteri Besar Pahang dan wang tunai bernilai RM3000.00 beserta trofi.

By smadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *