🚸 PERBEZAAN WARNA LINTASAN PEJALAN KAKI ☝🏻
1️⃣ LINTASAN BERWARNA PUTIH
➡️ Zebra Crossing Biasa
Pemandu WAJIB berhenti apabila:
Pejalan kaki sedang melintas, atau pejalan kaki telah berhenti di tepi lintasan dan bersedia untuk melintas.
✅ Keutamaan sepenuhnya diberikan kepada pejalan kaki.
2️⃣ LINTASAN BERWARNA KUNING
➡️ Lintasan Berkongsi Keutamaan (Shared Priority)
Keutamaan bergantung kepada siapa yang tiba terlebih dahulu.
🚶 Jika pejalan kaki tiba dahulu:
➡️ Pemandu WAJIB berhenti dan memberi laluan.
🚗 Jika kenderaan tiba dahulu:
➡️ Pejalan kaki WAJIB berhenti dan memberi laluan.
⚠️ Fahami perbezaannya. Hormati hak pengguna jalan raya. Keselamatan bermula dengan sikap bertimbang rasa.
Sumber: Facebook, Polis Kontinjen Kelantan & Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

By smadi