OSEM IIUM GOMBAK, [18 Jun 2026] – Pejabat Pengurusan Keselamatan (OSEM) IIUM telah menganjurkan program Latihan Fizikal (PT) Kebun dan Gotong-Royong bertempat di Taman Botani dan Herba OSEM.

Program kali ini dijalankan khas bersama anggota baru OSEM sebagai sebahagian daripada aktiviti suai kenal dan integrasi pasukan. Aktiviti memfokuskan kepada kerja-kerja pembersihan, penyusunan semula landskap, serta penanaman pokok herba bagi mengimarahkan lagi kawasan taman tersebut.

Selain memupuk gaya hidup aktif melalui aktiviti fizikal berkonsepkan alam semula jadi, program ini turut berjaya mengeratkan silaturahim antara kakitangan lama dan baru. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan warga OSEM IIUM dalam mengekalkan kelestarian hijau dan kebersihan persekitaran kampus.

By smadi