OSEM IIUM Launches 2026 Ihya Ramadhan Program, Emphasizes Culture of Infaq & Sedeqah
GOMBAK, Feb 20 – The Office of Security Management (OSEM) of the International Islamic University Malaysia (IIUM) successfully held the opening ceremony for the 2026 Ihya Ramadhan Program at the OSEM Meeting Room today. The event was attended by 30 member of IIUM Auxiliary Police officers from various units. The program serves as spiritual preparation for the personnel ahead of the upcoming holy month of Ramadhan 1447H.
Key Highlights
The event featured a talk titled “Ramadhan: The Best Time to Nourish the Soul through Infaq,” delivered by the Director of OSEM, ASP PB Shahrul Ariffin bin Maskuri. The Director emphasized the importance of Infaq & Sedeqah and community service as vital ways to purify the soul and increase piety (taqwa) during the holy month. As an annual initiative, this program ensures that the spiritual well-being of security personnel is prioritized alongside their core duties of maintaining campus safety.
The ceremony concluded with a collective commitment from the officers to enhance both their personal worship and the quality of their service throughout the upcoming fasting month.
OSEM UIAM Lancar Program Ihya Ramadhan 2026, Tekan Budaya Infaq
OSEM GOMBAK, 20 Feb – Pejabat Pengurusan Keselamatan (OSEM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah berjaya mengadakan Majlis Perasmian Program Ihya Ramadhan 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat OSEM, hari ini.
Majlis yang penuh keberkatan ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang anggota Polis Bantuan UIAM daripada pelbagai unit. Program ini bertujuan sebagai persediaan rohani buat para anggota dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1447H tidak lama lagi.
Acara dimulakan dengan Ceramah Perdana bertajuk “Ramadhan: Masa Terbaik Menyuburkan Jiwa dengan Infaq” yang disampaikan sendiri oleh Pengarah OSEM, YDH ASP PB Shahrul Ariffin bin Maskuri. Dalam perkongsiannya, beliau menekankan kepentingan amalan bersedekah dan membantu komuniti sebagai cara terbaik untuk membersihkan jiwa dan meningkatkan ketakwaan sepanjang bulan suci tersebut.
Program Ihya Ramadhan ini merupakan aktiviti tahunan OSEM bagi memastikan kebajikan spiritual anggota keselamatan sentiasa terjaga di samping menjalankan tugas hakiki menjaga keselamatan kampus. Majlis diakhiri dengan azam para anggota untuk meningkatkan kualiti ibadah dan penyampaian perkhidmatan sepanjang bulan Ramadhan akan datang.
.
.

By smadi