MAJLIS PERSARAAN ANGGOTA KESELAMATAN POLIS BANTUAN IIUM KAMPUS KUANTAN
Majlis Persaraan Anggota Keselamatan Polis Bantuan IIUM Kampus Kuantan telah diadakan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan Kpl/PB Salleh Bin Abdul Rahman sepanjang tempoh perkhidmatannya. Majlis ini bertujuan memberikan pengiktirafan kepada anggota yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen kepada keselamatan kampus.
Maklumat Anggota Bersara
Nama: Kpl/PB Salleh Bin Abdul Rahman
No. Badan: PB91134
No. Staf: 2362
Tempoh Perkhidmatan: 30 Tahun
Aturcara Majlis
• Ucapan alu-aluan Pegawai Keselamatan Kuantan YDH Tn. Mohamad Fitri B. Hashim
• Ucapan dan amanat Pengarah Keselamatan YDH Tn. Shahrul Ariffin Bin Maskuri
• Ucapan oleh Kpl/PB Salleh Bin Abdul Rahman
• Penyampaian sijil dan cenderahati persaraan
• Jamuan ringkas dan sesi bergambar
Majlis berlangsung dalam suasana penuh sederhana namun bermakna. Hadirin terdiri daripada pegawai kanan Polis Bantuan, anggota keselamatan. Sepanjang majlis, rakan-rakan setugas telah berkongsi ucapan dan bersalaman tanda penghargaan atas sifat kepimpinan, disiplin dan komitmen beliau sepanjang 30 tahun berkhidmat. Turut diraikan adalah jasa beliau dalam memastikan keselamatan kampus sentiasa berada pada tahap yang tinggi.
Pengurusan Keselamatan (OSeM) Polis Bantuan IIUM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kpl/PB Salleh Bin Abdul Rahman atas segala sumbangan yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Semoga beliau terus diberikan kesihatan, keberkatan dan kesejahteraan dalam menjalani fasa kehidupan seterusnya.
Gambar seperti dilampiran.
VIGILANT
DYNAMIC
PRUDENT
Terima kasih.




