#JomBeringat
HENTIKAN BULI WALAU DI MANA ANDA BERADA
Buli merupakan perbuatan menyakiti atau mengintimidasi orang lain, sama ada secara fizikal, lisan mahupun melalui platform siber. Ia adalah satu masalah serius yang boleh memberi kesan negatif mendalam terhadap mangsa, termasuk dari segi emosi, psikologi dan sosial.
Budaya buli bukan sahaja memberi kesan kepada individu, malah turut menjejaskan keharmonian masyarakat secara keseluruhan.
Kerjasama semua pihak amat penting dalam membanteras budaya buli. Dengan tindakan bersepadu dan kesedaran yang tinggi, kita mampu menghapuskan amalan buli dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, sihat dan sejahtera untuk semua.
CNP #PDRM
#JomBeringat
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#27072025