PUSAT ASASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
(CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES, IIUM)
LATAR BELAKANG
Objektif Program Asasi UIAM adalah untuk menyediakan pelajar-pelajar bagi kemasukan ke tahun pertama program Ijazah Sarjana Muda Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Lepasan Asasi UIAM yang telah menamatkan pengajian Asasi di sini dengan jayanya akan mendapat tawaran secara automatik ke peringkat jazah Sarjana Muda UIAM tanpa perlu membuat permohonan melalui UPU semula.
Program ini adalah menepati aspirasi falsafah, visi dan misi universiti yang diusahakan menerusi empat aspek penekanan iaitu integrasi, islamisasi, pendedahan pengantarabangsaan dan keemerlangan menyeluruh atau ringkasnya triple ICE atau Ill CE yang bermaksud Integration, Islamization, Internationalization dan Comprehensive Excellence. Dalam perlaksanaannya, universiti menekankan pendidikan berteraskan Islam di mana pelajar-pelajar didedahkan kepada nilai-nilai dan cara hidup Islam bagi meningkatkan kefahaman mereka terhadap Islam secara teori dan amali dalam era globalisasi.
STRUKTUR KURSUS
Kurikulum Program Asasi UIAM adalah terdiri daripada :
(i) Kursus Wajib Universiti yang mengandungi kursus-kursus dalam bidang :
(a) Bahasa Inggeris
(b) Bahasa Arab
(c) Pengajian Islam
(d) Komputer
(ii) Kursus Wajib Kulliyyah (Fakulti)
Kursus ini ditawarkan oleh kulliyyah tertentu dan ianya dirancang untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas yang penting bagi tujuan kemasukan ke kulliyyah tersebut di peringkat ljazah.
SISTEM SEMESTER
Program Asasi UIAM menggunakan sistem dua (2) semester biasa dan satu (1) semester pendek dalam setiap tahun akademik. Bentuk sistem semester yang dilaksanakan secara asasnya adalah seperti berikut :
KAMPUS PENGAJIAN
Semua program asasi UIAM dijalankan di Kampus Asasi Gambang, Pahang Darul Makmur
KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SELEPAS TAMAT PENGAJIAN ASASI UIAM
Pelajar-pelajar Program Asasi UIAM yang telah menamatkan pengajiannya dan memenuhi syarat-syarat minima yang diperlukan oleh kulliyyah (fakulti) berkenaan adalah layak untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat ijazah dalam bidang masing-masing seperti berikut:-
Semua pelajar Program Asasi UIAM mesti mendapat keputusan PNGK (CGPA) yang ditetapkan oleh pihak Kulliyyah dan lulus temuduga(*) bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama
PROGRAM YANG DITAWARKAN DI PERINGKAT IJAZAH
1) Asasi Farmasi / UY0000005 akan ditawarkan :
Kulliyyah Farmasi
– Sarjana Muda Farmasi (Kepujian)
2) Asasi Pergigian / UY0000019 akan ditawarkan :
Kulliyyah Pergigian
– Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
3) Asasi Perubatan / UY0000018 akan ditawarkan :
Kulliyyah Perubatan (MBBS)
– Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan
4) Asasi Sains Hayat / UY0000013 akan ditawarkan mana-mana seperti berikut :
Kulliyyah Sains
– Sarjana Muda Bioteknologi (Kepujian)
– Sarjana Muda Sains Marin dan Teknologi (Kepujian)
– Sarjana Muda Sains Tumbuhan Gunaan (Kepujian)
5) Asasi Sains Fizikal / UY0000002 akan ditawarkan mana-mana seperti berikut :
Kulliyyah Sains
– Sarjana Muda Sains Matematik (Kepujian)
– Sarjana Muda Sains Kimia Gunaan (Kepujian)
– Sarjana Muda Sains Fizik (Kepujian)
6) Asasi Sains Kesihatan Bersekutu / UY0000003 akan ditawarkan mana-mana seperti berikut :
Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu
– Sarjana Muda Sains BioPerubatan (Kepujian)
– Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian)
– Sarjana Muda Audiologi (Kepujian)
– Sarjana Muda Dietetik (Kepujian)
– Sarjana Muda Optometri (Kepujian)
– Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian)
– Sarjana Muda Patologi Pertuturan-Bahasa (Kepujian)
7) Asasi Kejururawatan / UY0000004 akan ditawarkan :
Kulliyyah Kejururawatan
– Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian)
8) Asasi Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar / UY0000009 akan ditawarkan mana-mana seperti berikut :
Kulliyyah Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar :
– Sarjana Muda Sains (Pengajian Seni Bina) (Kepujian)
– Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (Kepujian)
– Sarjana Muda Seni Bina Landskap (Kepujian)
– Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian)
– Sarjana Muda Seni Gunaan dan Seni Reka (Kepujian)
9) Asasi Kejuruteraan / UY0520001 akan ditawarkan mana-mana seperti berikut :
Kulliyyah Kejuruteraan
– Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian
– Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dengan Kepujian
– Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan Kepujian
– Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan dengan Kepujian
– Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa dengan Kepujian
– Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
– Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian
– Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
10) Asasi Sains Kemanusiaan / UY0000017 akan ditawarkan mana-mana seperti berikut :
Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam dan Sains Kemanusian AbdulHamid AbuSulayman
– Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Komunikasi) (Kepujian)
– Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sains Politik) (Kepujian)
– Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sejarah dan Tamadun (Kepujian)
– Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi) (Kepujian)
– Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sosiologi & Antropologi) (Kepujian)
– Semua Program Kulliyyah Pendidikan (*)
11) Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam / UY0000006 akan ditawarkan mana-mana seperti berikut :
Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam dan Sains Kemanusiaan AbdulHamid AbuSulayman
– Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqah dan Usul Fiqah) (Kepujian)
– Sarjana Muda lImu Wahyu dan Warisan Islam (Pengajian Quran dan Sunnah) (Kepujian)
– Sarjana Muda IImu Wahyu dan Warisan Islam (Usuluddin dan Perbandingan Agama) (Kepujian)
– Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal (Kepujian)
– Semua Program Kulliyyah Pendidikan (*)
12) Asasi Bahasa Inggeris / UY0000016 akan ditawarkan mana-mana seperti berikut :
Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam dan Sains Kemanusiaan AbdulHamid AbuSulayman
– Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris) (Kepujian)
– Semua Program Kulliyyah Pendidikan (*)
13) Asasi Bahasa Arab / UY0000015 akan ditawarkan mana-mana seperti berikut :
Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam dan Sains Kemanusian AbdulHamid AbuSulayman
– Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Bahasa dan Kesusasteraan Arab) (Kepujian)
– Semua Program Kulliyyah Pendidikan (*)
(*) Kulliyyah Pendidikan
– Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) (Kepujian)
– Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua) (Kepujian)
– Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) (Kepujian)
– Sarjana Muda Pendidikan Islam (Kepujian)
14) Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan / UY0000011 akan ditawarkan mana-mana seperti berikut :
Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan
– Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian)
– Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)
– Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
– Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian)
15) Asasi Undang-Undang / UY0000007 akan ditawarkan :
Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim
– Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian)
– Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) (Kepujian) – Sebagai program berkembar
16) Asasi Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa / UY0000014 akan ditawarkan :
Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari
– Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa
17) Asasi Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa / UY0000001 akan ditawarkan :
Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari
– Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa
18) Asasi Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa / UY0000012 akan ditawarkan :
Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari|
– Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa
19) Asasi Pengurusan Pelancongan /UY0000010 akan ditawarkan :
Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari
– Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan (Kepujian)
20) Asasi Sains Komputer / UY0481001 akan ditawarkan :
Kulliyyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
– Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian)
– Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
YURAN PENGAJIAN
a) Jumlah Keseluruhan Yuran yang perlu dibayar oleh pelajar hanya RM2,689.00 (setahun)
b) Jumlah Yuran Keseluruhan adalah termasuk : Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan (maklumat lanjut boleh layari :
https://centre.iium.edu.my/cfs/finance-department/ )
NOTA PENTING :
Pelajar dari keluarga B40/M40, adalah layak memohon Bantuan Kewangan Asasi (BKA), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi sepanjang tempoh pengajian. Walaubagaimanapun kelulusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.
KEMUDAHAN AWAM DAN PENGINAPAN PELAJAR
Semua pelajar mendapat kemudahan tempat tinggal yang disediakan oleh pihak universiti di sepanjang pengajian mereka samada di peringkat Asasi atau ljazah Sarjana Muda. Kemudahan tempat tingal ini disediakan di dalam kampus yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan disamping berdekatan dengan bangunan pentadbiran universiti, bilik-bilik kuliah dan pusat-pusat rekriasi dan sukan. Untuk memudahkan pergerakan pelajar disekitar kampus, ada disediakan juga bas-bas pengangkutan disamping kemudahan klinik sekiranya pelajar memerlukan rawatan.
MAKLUMAT LANJUT
Segala pertanyaan mengenai Program Asasi UIAM boleh dikemukakan kepada :-
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK DAN KEMASUKAN, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM),
JALAN GOMBAK, GOMBAK, 53100,
KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Telefon : +60 (3) 6421 6421
Samb: 3014/3260/3261/4040
No. Fax: +60 (3)64214160 / 4724
E-mel: asasi@iium.edu.my
Laman Web: http://iium.edu.my/division/amad/