{"id":623,"date":"2024-12-09T06:42:43","date_gmt":"2024-12-09T06:42:43","guid":{"rendered":"https:\/\/office.iium.edu.my\/ocd\/epmc\/?p=623"},"modified":"2024-12-09T06:42:45","modified_gmt":"2024-12-09T06:42:45","slug":"uiam-kuantan-berjaya-kitar-semula-50-tan-baju","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/office.iium.edu.my\/ocd\/epmc\/index.php\/2024\/12\/09\/uiam-kuantan-berjaya-kitar-semula-50-tan-baju\/","title":{"rendered":"UIAM Kuantan berjaya kitar semula 50 tan baju"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-embed is-type-wp-embed is-provider-kosmo-digital wp-block-embed-kosmo-digital\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\n<blockquote class=\"wp-embedded-content\" data-secret=\"QjR5xmBqZs\"><a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2024\/12\/09\/uiam-kuantan-berjaya-kitar-semula-50-tan-baju\/\">UIAM Kuantan berjaya kitar semula 50 tan baju<\/a><\/blockquote><iframe class=\"wp-embedded-content\" sandbox=\"allow-scripts\" security=\"restricted\" style=\"position: absolute; clip: rect(1px, 1px, 1px, 1px);\" title=\"&#8220;UIAM Kuantan berjaya kitar semula 50 tan baju&#8221; &#8212; Kosmo Digital\" src=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2024\/12\/09\/uiam-kuantan-berjaya-kitar-semula-50-tan-baju\/embed\/#?secret=wl3Dl9gNRu#?secret=QjR5xmBqZs\" data-secret=\"QjR5xmBqZs\" width=\"600\" height=\"338\" frameborder=\"0\" marginwidth=\"0\" marginheight=\"0\" scrolling=\"no\"><\/iframe>\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<p>AMALAN kitar semula wajar diterapkan dalam diri setiap anggota masyarakat bagi membolehkan alam sekitar terus terpelihara.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, aktiviti kitar semula perlu senantiasa diadakan bagi membolehkan usaha murni tersebut mendapat tempat di hati masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan, Pahang merupakan antara institusi yang sering menganjurkan aktiviti kitar semula.<\/p>\n\n\n\n<p>Terbaharu, UIAM Kuantan telah menganjurkan program Hari Kitar Semula UIAM Kuantan 3.0 di Kulliyyah Kejururawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program memasuki tahun kedua itu dianjurkan oleh IIUM Kuantan Environmental Performance and Monitoring Committee (EPMC) dengan melibatkan penyertaan orang awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengurus program, W. Nazma Fazira W. Yusoff berkata, aktiviti itu bertujuan memupuk kesedaran masyarakat mengenai tanggungjawab pengurusan sisa secara berhemah melalui amalan kitar semula dan pengasingan sisa mengikut kategori.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, melalui inisiatif itu, masyarakat bukan sahaja akan lebih cakna terhadap kepentingan menjaga alam sekitar, malah mengamalkan sikap menghargai dan memelihara kelestarian alam dalam kehidupan seharian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram ini diharap dapat membentuk budaya lestari dan mendorong masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan kesejahteraan ekosistem serta masa depan lebih hijau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTema program pada tahun ini memfokuskan pengumpulan bahan kitar semula, khususnya pakaian dan tekstil terpakai,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah W. Nazma Fazira, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan daripada penduduk Kuantan serta kawasan berdekatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dianggarkan penyertaan seramai 1,300 orang awam dan hampir 100 orang sukarelawan terlibat, dengan 50 tan bahan kitar semula berjaya dikumpul.<\/p>\n\n\n\n<p>Program Hari Kitar Semula IIUM Kuantan 3.0 turut berkolaborasi bersama Kloth Cares, dengan memberi fokus pada pengumpulan pakaian dan tekstil terpakai.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, W. Nazma Fazira berkata, melalui inisiatif itu, pakaian lusuh, koyak dan buruk akan dikitar semula atau diguna semula.<\/p>\n\n\n\n<p>Ujarnya, bagi pakaian yang tidak boleh digunakan semula, ia akan diproses menjadi kain industri, penebat, atau fabrik baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi pakaian dan tekstil yang masih dalam keadaan baik, bersih dan sesuai untuk digunakan, ia akan dihantar ke kedai barangan terpakai atau disumbangkan kepada mereka memerlukan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cModel kitar semula ini mendukung fesyen lestari dan pengurangan sisa dengan memanjangkan kitaran hayat tekstil, di samping menggalakkan kitar semula berbanding pelupusan sisa di tapak pembuangan,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, penolong pengurus program, Nadea Gzali berkata, aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan dengan sokongan padu dan penglibatan pelbagai pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>Pihaknya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak terlibat, terutamanya rakan kolaborasi Kloth Cares, Alam Flora Sdn. Bhd., SWCorp., Daya Bersih Sdn. Bhd., Pejabat Pengurusan Keselamatan UIAM,<\/p>\n\n\n\n<p>Gading Senggara Sdn. Bhd., Komited Malaysia dan Kulliyyah Kejururawatan UIAM.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak telah memastikan kelancaran program serta menyumbang kepada kejayaannya dalam mempromosikan amalan kitar, selain gaya hidup lestari dalam kalangan masyarakat terutamanya warga Kuantan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak dilupakan, peranan sukarelawan, termasuk staf dan pelajar UIAM Kuantan yang telah menyumbangkan masa serta tenaga dalam aspek persiapan sehingga pelaksanaan program,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, komuniti setempat juga memainkan peranan besar dengan turut serta dalam menjayakan inisiatif kitar semula, sekali gus menunjukkan semangat kesedaran tinggi terhadap penjagaan alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>Nadea berkata, gabungan usaha itu telah menyumbang kepada kejayaan program dalam mempromosikan amalan kitar semula dan fesyen lestari, serta menanamkan kesedaran tentang kepentingan pengurangan sisa tekstil dalam masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>AMALAN kitar semula wajar diterapkan dalam diri setiap anggota masyarakat bagi membolehkan alam sekitar terus terpelihara. Oleh itu, aktiviti kitar semula perlu senantiasa diadakan bagi membolehkan usaha murni tersebut mendapat tempat di hati masyarakat. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan, Pahang merupakan antara institusi yang sering menganjurkan aktiviti kitar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":624,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9,5],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/office.iium.edu.my\/ocd\/epmc\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/623"}],"collection":[{"href":"https:\/\/office.iium.edu.my\/ocd\/epmc\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/office.iium.edu.my\/ocd\/epmc\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/office.iium.edu.my\/ocd\/epmc\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/office.iium.edu.my\/ocd\/epmc\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=623"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/office.iium.edu.my\/ocd\/epmc\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/623\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":625,"href":"https:\/\/office.iium.edu.my\/ocd\/epmc\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/623\/revisions\/625"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/office.iium.edu.my\/ocd\/epmc\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/624"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/office.iium.edu.my\/ocd\/epmc\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=623"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/office.iium.edu.my\/ocd\/epmc\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=623"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/office.iium.edu.my\/ocd\/epmc\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=623"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}